Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.mas] | امس

Definisi : 1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : Jw 1. panggilan yg sama dgn tuan; 2. panggilan yg mesra (spt drpd isteri kpd suami dll); ~ merah panggilan kpd kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : sj ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), Carassius auratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : 1 logam berwarna kuning yg sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan, spt cincin). 2 ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): Masa itu ~. ~ bertitik emas yg ditempa. ~ bertuang emas yg dicetak. ~ kahwin wang dll yg wajib diberikan oleh pengantin lelaki kpd bakal isterinya pd masa nikah; mahar. ~ kerajang kertas tipis yg dibuat drpd emas dan digunakan utk perhiasan atau tulisan. ~ lombong emas yg ada di dlm batu-batu. ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya. ~ putih aloi atau pancalogam emas dgn nikel (paladium atau zink) yg warnanya seakan-akan platinum. ~ sepuluh mutu emas tulen (emas 24 karat). ~ tempawan a. emas yg ditempa. b. panggilan kpd perempuan yg cantik dan yg dikasihi. ~ tua emas yg tidak bercampur. ~ urai emas yg halus-halus spt pasir. beremas 1 memakai (mempunyai) emas. 2 berharta benda. mengemasi 1 melapis atau menyalut dgn emas. 2 memberi rasuah; menyogok. keemasan 1 disalut dgn emas; dibuat drpd emas; serba emas. 2 spt warna emas: Naga-naga itu diperintah oleh seekor raja naga yg berwarna ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emas

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Hujan emas di negeri orang,
     hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri,
baik juga di negeri sendiri.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM 
DAUN EMAS

Daun emas ialah logam emas yang telah diketuk

menjadi kepingan atau dedaun yang terlalu

nipis. Daun emas digunakan untuk menghias

permukaan bingkai gambar dan perabot dan untuk

menulis huruf pada cermin tingkap.

UMUM 
PERTUKANGAN EMAS

Pertukangan emas ialah seni dalam pembuatan

barang kemas dan barangan lain daripada emas. Ia

adalah salah satu seni yang paling tua di dunia.

Tukang emas purba adalah pakar dalam

pembentukan dan pematerian emas sejak seawal

tahun 3500 S.M. Contoh paling tua dalam

pertukangan emas ialah dari Mesir dan

Mesopotamia .

UMUM 
EMAS

Emas ialah unsur logam dengan simbol kimianya

Au. Emas ialah salah satu logam yang pertama

dikenali manusia. Pemilikan logam kuning terang

yang menarik ini menjadi simbol kekayaan sejak

beribu-ribu tahun dahulu.

UMUM 
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 
PIRIT

Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas

palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama

lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di

banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai

emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan

memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak

balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap

dan mengeluarkan bau busuk.

UMUM 
PERLOMBONGAN EMAS

PERLOMBONGAN EMAS, kegiatan melombong emas di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu.  Negeri-negeri yang dikenali telah mengeluarkan emas ialah Pahang, Perak, Kelantan, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.  Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu diketahui telah memberikan hadiah yang diperbuat daripada emas dalam bentuk barang buatan ataupun bungkalan.  Walau bagaimanapun, tiada rekod tertentu dan lengkap dibuat tentang hasil emas ini kecuali pada tahun 1935.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
IKAN EMAS UMUM 
BUNGA EMAS DAN PERAK

BUNGA MAS DAN PERAK, sejenis hantaran yang pernah dikirimkan oleh raja-raja Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dn Patani kepada Kerajaan Siam.  Pengiriman ini dilakukan tiga tahun sekali.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
KERUBUT EMAS UMUM 
12345678910

Kembali ke atas