Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NGUMBANGUMBA (1918 – 1982), penyair dan ahli politik. Dia lahir pada 15 Oktober 1918 di Mersing, Johor. Nama sebenarnya ialah Embong bin Yahya. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Mersing sebelum mengikuti kursus penguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak dari tahun 1937 hingga tahun 1940. Selepas tamat belajar dia bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Air Molek, Melaka. Dia terus berkhidmat sebagai guru pada masa pendudukan Jepun hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dia mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor.

 

SASTERATokoh
SULTAN YAHYA PETRAKapsyen          :           Sultan Yahya Petra

 

SULTAN YAHYA PETRA (1917-1979),  Sultan Kelantan yang ke-11. Baginda diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.  Baginda adalah putera kedua kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhamad IV dengan Cik Embong Haji Laut.  Baginda adalah raja pemerintah Kelantan daripada kerabat diraja keturunan Long Yunus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas