Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.brio] | ايمبريو

Definisi : (émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudghah, janin; 2. janin haiwan pd peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.brio] | ايمبريو

Definisi : /émbrio/ ist 1 kandungan ibu dr peringkat permulaan hingga ke bulan ketiga. 2 baka binatang pd peringkat awal pertumbuhannya sebelum dilahirkan (menetas). 3 benih bijirin (tumbuh-tumbuhan) pd peringkat awal pertumbuhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embrio


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMBRIO

Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada

peringkat awal perkembangannya. Embrio

terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel

sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau

ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan.

UMUM 
PEMINDAHAN EMBRIO UMUM 
KOTILEDON

Kotiledon ialah bahagian berdaun pada embrio

tumbuhan. Embrio ialah bahagian biji yang

daripadanya membesar tumbuhan yang matang.

UMUM 
AUKSIN

Auksin ialah nama sekumpulan hormon yang

mengawal pertumbuhan tanaman. Putik, embrio,

daun muda, dan hujung tangkainya mengeluarkan

auksin yang mengawal pertumbuhan organ

tumbuhan yang berbeza.

UMUM 
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 

Kembali ke atas