Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.pa.yar] | ايمڤاير

Definisi : (émpayar) 1. negeri-negeri (biasanya luas) yg di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yg berdaulat; 2. pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dll) yg mempunyai maharaja (bukan raja) sbg ketua negara; 3. satu kumpulan syarikat yg biasanya dikawal oleh seorang yg berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu: Mc-Donald berusaha membina ~ makanan segera; berempayar mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yg tertakluk di bawah pemerintahannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.pa.yar] | ايمڤاير

Definisi : /émpayar/ 1 kumpulan negeri yg diperintah oleh suatu kerajaan yg tertinggi dan berdaulat; negara yg diketuai oleh seorang maharaja. 2 kerajaan yg tertinggi dan berdaulat yg menguasi kawasan yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empayar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARIUS III

Darius III (330–380 S.M.) ialah raja Parsi yang

terakhir. Dinasti ini berjaya meluaskan empayar-empayar

besar dunia, iaitu di barat Asia pada abad

ke-6 SM.

UMUM 
EMPAYAR BYZANTINE

Empayar Byzantine ialah kesinambungan

Empayar Rom. Ia juga dikenali sebagai Empayar

Rom Timur oleh sebab ia memerintah bahagian

timur Empayar Rom.

UMUM 
EMPAYAR MONGOL

Empayar Mongol ialah empayar yang terbesar

dalam sejarah. Sempadannya bermula dari Laut

Kuning di sebelah Timur Asia hingga ke sempadan

timur Eropah.

UMUM 
EMPAYAR MAURYA

Empayar Maurya ialah empayar pertama di

India yang mempunyai kerajaan yang seragam

bagi hampir seluruh negara tersebut.

UMUM 
EMPAYAR MALI

Empayar Mali ialah empayar orang kulit

hitam yang berkembang pesat di Afrika barat

dari sekitar tahun 1240 hingga tahun 1500.

UMUM 
EMPAYAR CHOLA

Empayar Chola ialah empayar yang paling

berkuasa di selatan India selama lebih daripada 200

tahun.

UMUM 
EMPAYAR ROM TIMUR

Empayar Rom Timur lihat Empayar Byzantine;

Rom Purba (Kebangkitan dan kejatuhan; peta;

Pembahagian Empayar Rom Timur).

UMUM 
PERANG RUSIA-TURKI

Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan

Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak

bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun

1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang

tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah

yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur

tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong

orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak

dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia

cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang

Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat

daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila

empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia

bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya

ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki

menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar

Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan

kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala

ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat

sokongan negara luar.

UMUM 
EMPAYAR

Empayar ialah wilayah yang terdiri daripada

beberapa buah negeri atau negara yang bersatu

dan diperintah oleh negara yang paling berkuasa

dalam kumpulan itu

UMUM 
EMPAYAR VIJAYANAGAR

Empayar Vijayanagar ialah salah sebuah

daripada kerajaan agung India yang terakhir

pada Zaman Pertengahan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas