Salsify ialah sayur dwitahunan. Ia juga dinamakan tumbuhan tiram kerana akarnya yang berisi berasa seperti rasa tiram. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean, tetapi kini ditanam dengan meluas di kedua-dua bahagian Atlantik. Akarnya yang tirus digunakan di Eropah dan Amerika sebagai sayur. Cara yang biasa menyediakan salsify ialah dengan merebusnya sehingga empuk dan kemudian dikrim. Rasanya juga sedap kalau direbus dan kemudian dicelup dalam serbuk biskut dan digoreng. Peladang menanam salsify dengan cara yang sama seperti menanam parsnip. Akarnya boleh disimpan dalam musim sejuk sama ada dalam tanah atau disimpan dalam tanah yang sejuk, lembap. Pengelasan saintifik. Salsify tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia dikelaskan sebagai <i> Tragopogon porrifolius i> . Lihat juga Parsnip. |