SAGU | Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah yang mampung atau empulur, daripada pelbagai pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan masakan komersial. Tepung sagu digunakan kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan utama orang Hindia Timur. | UMUM | |
TEMBIKAI WANGI | Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam. Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan meluas, terutamanya di Amerika Syarikat. Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan peratus karbohidrat dan satu peratus protein. Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India. Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh orang Yunani dan Rom. | UMUM | |
MENSIANG | Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi bahagian tengah mensiang biasanya boleh dibuang, meninggalkan tiub berongga yang bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk membuat alat muzik. | UMUM | |
RASPBERI | Raspberi ialah pokok bangkut yang berduri yang mengeluarkan buah yang kecil, bulat dan sedap. Setiap buah, juga dikenali sebagai <i> beri i> , terdiri daripada sejambak sel, yang dinamakan <i> druplet i> , yang kelihatan seperti manik kecil. Druplet adalah sebahagiannya keras, dan sebahagiannya berisi, dan tumbuh di sekeliling satu empulur yang dikenali sebagai <i> pudung i> . | UMUM | |