Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.mu] | امو

Definisi : sj burung besar yg tidak dapat terbang, bentuknya seakan-akan burung unta (terdapat di Australia), Dromaius novaehollandiae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mu] | امو

Definisi : /ému/ nama sj burung Australia yg besar yg dpt berlari tetapi tidak dpt terbang, Dromaius novaehollandiae. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMU

Emu ialah burung besar yang tidak boleh terbang

yang tinggal di Australia. Emu ialah jenis burung

tidak boleh terbang yang kedua terbesar selepas

burung unta.

UMUM 
AUSTRALIT

Australit ialah batu kecil, berbentuk kaca yang

ditemui di bahagian selatan Australia. Para

pelombong terdahulu menamainya batu butang,

butang lelaki gelap, atau batu emu. Kebanyakan

batu ini bergaris pusat kira-kira 2.5 sentimeter dan

berwarna hitam atau hijau pekat. Batu yang sama

telah dijumpai di bahagian lain di dunia ini. Ahli

sains menamai batu ini sebagai tektit, tetapi

mereka kurang pasti asal usul batu ini. Beberapa

orang ahli sains percaya bahawa tektit ialah

meteorit kecil. Ada pula yang percaya bahawa ia

adalah hasil perlanggaran meteorit.

Lihat Tektit.

UMUM 
DUBOISIAS

Duboisias ialah pokok kecil di Australia yang

mengandungi sap beracun. Orang Asli Australia

dikatakan telah menggunakan sap ini sebagai

narkotik dan juga untuk memerangkap burung

emu dan ikan.

UMUM 
BURUNG KIWI

Burung kiwi ialah nama yang diberi kepada

empat spesies burung New Zealand yang tidak

boleh terbang. Burung kiwi mempunyai perkaitan

dengan burung lain yang tidak boleh terbang

seperti burung moa , burung unta, emu, burung

kasuari dan rhea.

UMUM 

Kembali ke atas