Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.mul.si] | ايمولسي

Definisi : (émulsi) (Kim) 1. koloid yg merupakan campuran dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya, mis susu; 2. bahan peka cahaya yg terdapat pd permukaan filem fotografi; cat ~ sj cat yg pigmennya terampai, biasanya dlm resin sintetik, yg tersebar dlm air sbg emulsi; pengemulsian 1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tersebut; 2. proses menambahkan bahan kimia kpd sesuatu emulsi utk mengekalkan keadaan emulsinya; pengemulsi 1. bahan kimia yg ditambahkan kpd bahan lain dlm keadaan emulsi, spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin dlm marjerin; 2. alat, spt mesin pengisar utk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.mul.si] | ايمولسي

Definisi : /émulsi/ campuran dua cairan yg tidak dpt bersebati (spt air dgn minyak); cairan yg di dlmnya terdapat ampaian butir-butir minyak atau lemak. pengemulsian proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tsb. pengemulsi 1 bahan kimia yg ditambahkan pd bahan lain (dlm keadaan emulsi), spt makanan, mis marjerin, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan tsb supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah. 2 alat, spt mesin pengisar, utk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emulsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMULSI

Emulsi ialah penyediaan satu cecair yang

terbaur dengan sekata dalam cecair lain.

UMUM 

Kembali ke atas