Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.na.pan] | انڤن

Definisi : 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.na.pan] | انڤن

Definisi : benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enapan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENAPAN

Enapan ialah batu pelbagai saiz, pasir atau lumpur yang diangkut oleh agen hakisan dan dibawa ke tempat lain. Ia diangkut oleh air, angin atau glasier setelah batuan asal diluluh hawa dan dihakis, dan kemudian dilonggok pada dasar lembah takungan sama ada di sungai, tasik, lautan atau padang pasir.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KELODAK

Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut

yang terdiri daripada zarah halus batuan yang

mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan

air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air

atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan

yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih,

dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus

yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat

daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter.

Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar

adalah subur.

UMUM 
TANAH BRISTerhasil daripada enapan pasir laut hasil hakisan tebing dan hanyutan sedimen di belakang berm pantai.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
DATARAN BANJIR

Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PETROLOGI

Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang

mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli

petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia

yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis

batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan

(lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu

pencarian bukti tentang asal usul dan

perkembangan kejadian bumi.

UMUM 
BETING PASIR

Beting pasir, longgokan bahan enapan yang memanjang selari dengan garisan pinggir pantai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KIPAS ALUVIUM

Kipas aluvium, bentuk muka bumi seakan-akan kipas atau kon yang terdiri daripada bahan enapan yang dimendapkan oleh sungai semasa mengalir keluar dari hadapan gunung ke dataran.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
PALEONTOLOGI

Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang

haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup

pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun

dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada

batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan

mineral yang mendak dari udara, ais atau air).

Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika

batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk

dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih-

tindih.

UMUM 
AGRADASI

Agradasi, kenaikan aras permukaan bumi akibat longgokan enapan yang dihasilkan oleh tindakan air, angin dan ais. 

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
12

Kembali ke atas