Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.ku] | اڠکو

Definisi : 1. sebutan kpd orang yg berketurunan raja: ~ puan; 2. sebutan kpd orang yg dihormati (guru dll): “Yang mana ~ Datuk?”, tanya Sultan Baginda; 3. Mn pak cik, paman, mamak; 4. Mn sebutan kpd datuk; berengku menggunakan perkataan engku (apabila bercakap-cakap): masyarakat pun sudah berpatik, ~ kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.ku] | اڠکو

Definisi : sebutan atau gelar kpd orang berketurunan raja. berengku menggunakan kata engku (sewaktu bercakap-cakap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engku


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENGKU NGAHENGKU NGAH, (1774 – 1828), bangsawan Riau. Engku Ngah dikenal juga dengan nama Raja Idris bin Raja Haji, putera kedua Yang Dipertuan Raja Haji, Riau. Ibunya, Encik Uning, berasal dari Inderagiri. Engku Ngah berkahwin dengan raja Safiah, anak Yang Dipertuan Muda Raja Ali, dan mendapat dua orang anak perempuan. Nama Engku Ngah disebut beberapa kali dalam Tuhfat al-Nafis, karya yang dimulakan oleh bapa saudaranya. Raja Ahmad dan dilengkapi oleh sepupunya Raja Ali Haji. Engku Ngah merupakan salah seorang anggota angkatan Riau yang menyerang Melaka pada tahun 1784, tetapi dia meninggalkan Melaka dengan beberapa orang Bugis yang lain selepas Belanda menawan Riau pada tahun 1787. Orang Bugis kemudian kembali ke Melaka, tetapi disebabkan perkelahian yang berterusan dengan orang Melayu, Engku Ngah bersama-sama beberapa orang anak raja yang lain pergi ke Selangor. Pada sekitar tahun 1804, dia membantu Selangor menyerang Perak. Sebagai ganjaran, dia diberikan hak ke atas perlombongan bijih timah di daerah Kelang. Tidak lama kemudian, Engku Ngah kembali ke Riau. Menurut Tuhfat al-Nafis, Engku Ngah dimurkai oleh orang istana kerana hubungannya dengan ulama Minangkabau dan dituduh mengamalkan tarekat.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ENGKU TENGAH RAJA HAJI

ENGKU TENGAH RAJA HAJI, ( ? - ?), puteri keempat raja haji, Yang Dipertuan Muda Riau Keempat. Ibunya berasal dari Inderagiri (Sumatera). Engku Tengah dibesarkan di Riau –Lingga. Sewaktu Sultan Ibrahim Syah, Sultan Selangor yang kedua  (1778 – 1826) berkunjung ke Riau –Lingga, sekitar tahun 1800, baginda mengahwini Engku Tengah (sepupunya) dan Engku Tengah digelar Engku Puan Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ENGKU HAJI

ENGKU HAJI, (1779 - ?     ), penulis. Dia lahir di Pulau Biram Dewa di Sungai Carang, Pulau Bintan. Nama sebenarnya ialah Raja Ahmad bin Raja Haji, dikenal juga sebagai Raja Hitam, putera Raja Haji yang keempat. Ibunya Encik Mariam dari Riau. Engku Haji dipercayai mengarang Tuhfat al-Nafis, yang kemudiannya dilengkapi oleh anak lelakinya, Raja Ali Haji.. Dia juga menulis beberapa karya lain, termasuklah Syair Perang Johor  yang menceritakan peperangan antara Aceh dengan Johor pada abad ke-17.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUAN AHMAD

TUAN AHMAD (   ?    -    ?    ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF

RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF (? – 1927), penulis dan tokoh agama. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Raja Ali. Dia ialah anak Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10. Gelaran ‘Kelana’ ditambah di hujung nama Raja Ali sebagai tanda dia telah dilantik sebagai calon Yang Dipertuan Muda. Walau bagaimanapun, jawatan itu akhirnya disandang oleh Raja Abdul Rahman (saudaranya berlainan ibu) akibat campur tangan Belanda. Di Riau, Raja Ali Kelana dikenal sebagai Engku Ali Johor, manakala di Johor dan Singapura, dia dikenal sebagai Engku Ali Riau. Di Pulau Penyengat, dia digelar Engku Ali Bukit.

SASTERATokoh
SULTAN HUSIN SYAHSULTAN HUSIN SYAH (  ?  -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ALI HAJI

RAJA ALI HAJI (1809-1871/72), penulis dan cendekiawan Melayu Riau, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raja Ali bin Raja Haji Ahmad. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Raja Ali Haji adalah daripada keturunan Daeng Bugis. Ayahandanya, Raja Ahmad (Engku Haji Tua), adalah adinda Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1805-1834). Dia dan keluarganya berpindah ke Pulau Penyengat. Dia digelar Engku Tua kerana jasanya kepada Raja Jaafar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED MUHD. ZAIN AL-KUDSI

SYED MUHD. ZAIN AL-KUDSI ( ? – 1829), penasihat diraja dan utusan kerajaan Lingga-Riau. Beliau lahir di Palembang, Sumatera. Nama lainnya ialah Tengku Syed dan Engku Syed Kuning, tetapi beliau lebih dikenali sebagai Engku Syed. Ayahnya Abdul Rahman al-Kudsi, berketurunan Arab, manakala ibunya ialah hamba Siam. Beliau berada di Riau-Lingga apabila dihantar oleh ayahnya untuk berniaga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG PANDAK

LONG PANDAK (  ?  -  ?  ), Sultan Kelantan (1756-1768). Keturunan Long Pandak  tidak jelas. Ada sejarah tempatan mengatakan dia anak Tuan Sulong, iaitu anak Wan Daim yang dikenal sebagai Dato’ Pangkalan Tua yang dikatakan pernah menjadi raja negeri Patani yang berasal dari Bugis. Long Pandak dikatakan berkahwin dengan Engku Tengah (Tuan Tengah) atau dikenal juga dengan gelaran Engku Pasir Mas, anak Raja Raman yang sekarang merupakan sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ABDULLAH

RAJA ABDULLAH (? – 1858), Yamtuan Muda Johor yang kesembilan (1857-1858). Dia juga dikenal sebagai Engku Haji Muda. Raja Abdullah adalah putera Yamtuan Muda  Raja Jaafar dengan Raja Lebar binti Yamtuan Muda Raja Ali. Dia menggantikan Yamtuan Muda Raja Ali yang mangkat pada tahun 1857.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas