SUNGAI THAMES | Sungai Thames ialah sungai paling penting di England. Sungai Thames juga merupakan sungai terpanjang yang keseluruhannya terletak di England. Sungai Severn, sebahagian di England dan sebahagian lagi di Wales adalah lebih panjang. Sungai Thames mengalir 346 kilometer dari Cotswold Hills di selatan tengah England hingga ke tenggara England dan menuju ke Laut Utara. Sungai ini menjadi laluan perdagangan utama England. Untuk lokasinya, lihat United Kingdom (peta muka bumi). | UMUM | |
DOMINION OF NEW ENGLAND | Dominion of New England ialah kumpulan tanah jajahan Inggeris di Amerika Syarikat yang dipersekutukan pada tahun 1686 oleh Raja James II, England. Jajahan dalam dominion ini ialah Connecticut, Massachusetts, New Hampshire, New Jersey, New York, Plymouth, dan Rhode Island | UMUM | |
GEREJA ENGLAND | | UMUM | |
GABUNGAN NEW ENGLAND | | UMUM | |
ENGLAND | England ialah bahagian politik terbesar daripada empat wilayah yang membentuk United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara. Tiga buah bahagian politik United Kingdom, yang biasanya dikenali sebagai Great Britain ataupun Britain sahaja, ialah Ireland Utara, Scotland dan Wales. | UMUM | |
NEW ENGLAND | New England ialah sebuah wilayah di utara New South Wales, Australia. Ia merupakan kawasan tanah tinggi yang terbesar di Australia. Kawasan ini tidak mempunyai sempadan yang jelas. Tetapi kebanyakan orang berpendapat bahawa ia termasuk juga kawasan penara yang menganjur dari Sungai Macintyre dengan sempadan Queensland di bahagian utara, ke Banjaran Moonbi berhampiran Tamworth di bahagian selatan. | UMUM | |
ALL ENGLAND | All England, kejohanan badminton antarabangsa yang tertua dan paling berprestij. Kejohanan ini mula diadakan pada 4 April 1899 di Buckingham Gate, London. All England mempunyai reputasi tinggi kerana nama sukan badminton dan peraturan rasmi permainan ini dimaktubkan di sini. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
NORTHUMBERLAND | Northumberland merupakan kaunti yang terletak paling ke utara di England. Bahagian pinggir barat laut wilayah ini membentuk sebahagian besar sempadan antara England dengan Scotland. Untuk lokasi Northumberland, lihat England (peta politik). Kaunti ini mempunyai banyak hubungan sejarah terutama dengan zaman Rom. | UMUM | |
ESSEX | Essex ialah kaunti di tenggara England. Untuk lokasi, lihat England (peta politik). Namanya berasal daripada nama kumpulan terawal Anglo-Saxon yang dikenali sebagai East Saxons. Kerajaan East Saxons ditubuhkan di kawasan itu pada tahun 400 M. | UMUM | |
PLYMOUTH | Plymouth (pend. 238 800) ialah sebuah pelabuhan di pantai barat daya England. Untuk lokasi, lihat England (peta politik). Ia terletak di Plymouth Sound di mana Laut Tamar mengalir ke Selat Inggeris. Industri tempatan termasuk pembinaan kapal, pelbagai elektronik dan lain-lain perniagaan yang berkaitan. Kegiatan pelancongan juga penting di sini. | UMUM | |