Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.si.klo.pé.dia] | اينسيکلوڤيديا

Definisi : (énsiklopédia) buku, biasanya dlm banyak jilid, yg mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.si.klo.pé.dia] | اينسيکلوڤيديا

Definisi : /énsiklopédia/ buku yg berisi keterangan ringkas dan tepat ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan yg disusun menurut abjad atau menurut cabang ilmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ensiklopedia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENSIKLOPEDIA BAHASA BERADAT BAHASAKarya
ENSIKLOPEDIA UMUM 
ENSIKLOPEDIA ARAB ANTARABANGSA

Ensiklopedia Arab Antarabangsa ialah

satu projek Arab Saudi di bawah inisiatif dan

biayaan seorang ahli keluarga diraja, iaitu Putera

Sultan ibn Abd al-Aziz al-Sa’ud, Timbalan Kedua di

Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Arab Saudi.

UMUM 
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB

Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah

ensiklopedia komprehensif sastera yang

mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis

oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al-

Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang

diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30

jilid yang berpandukan sumber-sumber yang

berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala

kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan

ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana

kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat

analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia

yang komprehensif. Ia juga menunjukkan

perkembangan penulisan dan pembahagian bab.

Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya

kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang

dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya,

dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu

dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian.

Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa

bab dan fasal.

UMUM 
KLOPEDIA

Klopedia lihat Ensiklopedia.

UMUM 
KITAB AL-AGHANI

Kitab al-Aghani adalah antara ensiklopedia

sastera yang dikarang dalam abad keempat

Hijrah. Karya agung ini dihasilkan oleh Abu al-

Faraj ‘Ali ibn Hussayn al-Asfahani yang meninggal

dunia pada tahun 356 Hijrah. Kandungan buku ini

berasaskan himpunan lagu-lagu istimewa (intonasi

atau variasi suara) yang terdapat pada zaman-

zaman sebelum dan semasa hayatnya.

UMUM 
NUWAYRIY, SHIHAB AL-DIN AL-

Nuwayriy, Shihab al-Din al- (677–733 H./1279–

1333 M.), penulis ensiklopedia. Nama sebenarnya

ialah Shihab al-Din Ahmad ibn Abd al-Wahab al-

Bakriy al-Nuwayriy. Dia lahir di Qus, kawasan tanah

tinggi di Mesir. Namanya dinisbahkan kepada

Nuwayrah iaitu nama salah sebuah kampung Bani

Suwayf di Mesir. Bapa Nuwayriy ialah penulis

terkenal di jabatan kerajaan. Anak Nuwayriy

bekerja sebagai ketua penulis di pejabat tentera di

Tarablus, Syam.

UMUM 
GAS ASLISebatian hidrokarbon berbentuk gas yang terdapat di dalam batuan reservoir di dalam kerak bumi. Komponen kimianya terdiri ….Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
BATU FORMASISebatian hidrokarbon berbentuk gas yang terdapat di dalam batuan reservoir di dalam kerak bumi. Komponen kimianya terdiri ….Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
EKSPLORASI PETROLEUMKegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri …Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
123456

Kembali ke atas