ENZIM | Enzim ialah molekul protein yang mempercepat tindak balas kimia dalam semua benda hidup. | UMUM | |
ENZIM TERSEKAT GERAK | Enzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjar | KEJURUTERAAN | Konsep |
MALTOSA | Maltosa ialah nama kimia bagi gula malt. Pembentukan maltosa ialah langkah pertama dalam proses pencernaan makanan berkanji. Enzim ptialin dalam air liur menukarkan kanji ke maltosa. Enzim lain memecahkan maltosa ke glukos (lihat Glukos). | UMUM | |
BIOTRANSFORMASI | Penggunaan enzim atau sel-sel mikrob bagi tujuan menukarkan sesuatu sebatian kepada produk-produk yang bernilai secara penstrukturan yang tertentu. | KEJURUTERAAN | Konsep |
SINDROM LESCH-NYHAN | Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit keturunan yang jarang ditemui dan boleh mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina fosforibosil transferas, sejenis enzim yang terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya terdapat pada paras kandungan yang tinggi di dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini membantu mengawal pergerakan badan yang tidak disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal serta kecenderungan mencederakan diri sendiri. | UMUM | |
PANKREATIN | Pankreatin ialah ekstrak tisu daripada kilang pankreas yang mengandungi enzim pencernaan. | UMUM | |
DEKSTROSA | Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur dengan larutan asid hidroklorik cair. | UMUM | |
FISCHER, HERMANN EMIL | Fischer, Hermann Emil (1852-1919), ahli kimia Jerman yang menghasilkan gula sintetik dan pelbagai enzim daripada gula tersebut. | KIMIA | Tokoh |
SAKARIDA | Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein membentuk dua kelas yang lain. Sakarida dikelaskan mengikut struktur kimianya. Monosakarida, yang mempunyai struktur paling ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain, monosakarida tidak boleh terurai menjadi karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat dengan asid cair atau melalui tindakan enzim tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja), terdiri daripada dua molekul monosakarida yang disambungkan dengan satu atom oksigen. Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat Karbohidrat. Lihat juga Kanji. | UMUM | |
TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |