EPAL MASAM | Epal masam ialah mana-mana jenis pokok epal kecil yang mengeluarkan epal kurang daripada lima sentimeter diameternya. | UMUM | |
EPAL MAY | Epal May ialah tumbuhan Amerika yang tergolong dalam famili barberi. Ia hidup liar di kawasan berhutan di setengah bahagian selatan Amerika Syarikat. | UMUM | |
EPAL | Epal ialah satu daripada buah yang paling penting dari segi komersial. Ia juga ialah satu daripada buah yang paling popular. Pokok epal tumbuh hampir di merata tempat kecuali di kawasan yang paling panas dan paling sejuk. | UMUM | |
SIDER | Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi 5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol. Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik. Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka. | UMUM | |
OHIA | Ohia ialah pokok epal gunung yang tumbuh di Hawaii. Kayunya digunakan untuk membuat perabot dan landasan kereta api. Ohia tergolong dalam famili Myrtaceae. | UMUM | |
APPLESEED, JOHNNY | Appleseed, Johnny (1774–1845) ialah nama yang diberikan kepada John Chapman, pelopor Amerika yang menanam banyak pokok epal di sepanjang sempadan awal. Dia menjadi wira rakyat hasil daripada banyak novel, cerpen dan puisi mengenai jasanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan jasa ini mungkin khayalan sahaja. | UMUM | |
APPLE OF SODOM | Apple of Sodom ialah tumbuhan berduri yang terdapat dekat Jericho, Jordan. Ia berkaitan dengan tomato, dan menghasilkan buah kecil berwarna kuning yang kelihatan seperti epal kecil. | UMUM | |
DATURA | Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia. | UMUM | |
MISTLETOE | Mistletoe adalah tumbuhan yang tumbuh sebagai parasit pada batang dan dahan pelbagai pokok. Mistletoe Eropah dan mistletoe Amerika paling kerap tumbuh pada pokok oak, atau epal. Mistletoe juga boleh tumbuh pada pokok-pokok lain seperti pokok limau nipis, hawthorn, sycamore, poplar, dan fir. | UMUM | |
KUPU-KUPU CODLING | Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil berwarna perang dan gangsa. Beluncas kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear, kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia. | UMUM | |