Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.gram] | ايڤيݢرم

Definisi : (épigram) 1. puisi (sajak) yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir; 2. ungkapan atau perkataan yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epigram


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPIGRAM

Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah

yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya

termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan,

dan kejelasan.

UMUM 
MARTIAL

Martial (40? M.–104? M.) ialah penulis Rom purba.

Dia menjadi masyhur kerana epigram dalam

bentuk yang moden – puisi atau ungkapan yang

tajam dan menyengat (lihat Epigram).

UMUM 
KELLER, GOTTFRIED

Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis

Swizerland yang paling terkenal yang menulis di

Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal

dengan watak jenakanya dan sikap yang

mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller

menulis beberapa prosa yang pendek dikenali

sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal

terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856,

1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes

Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet

in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk

Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu

dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah

Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang

merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan

kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander

(1886). Keller lahir di Zurich.

UMUM 

Kembali ke atas