Arca Farnese Bull merupakan sekelompok arca yang terkenal yang memaparkan satu episod dalam mitologi Yunani. Nama ini berasal daripada Istana Farnese di Rom, yang pernah menyimpan arca ini pada suatu ketika dahulu. Farnese Bull merupakan arca marmar yang menarik yang ditiru daripada arca yang telah hilang yang dibuat oleh pemahat arca Yunani, Appollonios dan Tauriskos dari Tralles pada tahun 100-an S.M. Pemahat arca Rom yang tidak dikenali telah membuat tiruan ini pada tahun 200-an M. Tiruan tersebut ditemui semasa ekskavasi di Rom pada tahun 1500-an, dan bahagian arca yang hilang itu telah dibaik pulih oleh artis Zaman Renaissance. |