ERA SENOZOIK | Era Senozoik ialah era yang paling baru menurut skala masa geologi sejarah bumi. Ahli geologi berpendapat bahawa era ini bermula lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Ada kalanya ini dikenali sebagai Zaman Mamalia. | UMUM | |
ERA KRISTIAN | Era Kristian ialah tempoh sejak kelahiran Jesus Christ hingga kini. | UMUM | |
YOUNG, EDWARD | Young, Edward (1683–1765), penyair Inggeris. Hasil karyanya yang akhir merupakan sebahagian daripada gaya puisi cerdik dan imitatif England era Augustan sehinggalah kepada puisi gaya yang lebih memberahikan dan penuh gaya khayalan di era romantik. | UMUM | |
ZAMAN KEMELESETAN | Suatu era kemelesetan ekonomi dunia yang teruk yang berlaku sekitar tahun 1929 hingga 1939. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PASCASTRUKTURALISME | Perspektif kritikan sastera dan budaya yang muncul pada era 1970an. | SASTERA | Konsep |
MERCIA | Mercia ialah salah sebuah negara besar England ketika era Anglo-Saxon. Ia terbentang sehingga ke timur Wales, antara Wessex, di sebelah selatan dan Northumbria di utara. Negara ini mungkin ditubuhkan pada tahun 500-an dan menjadi kerajaan England yang paling berkuasa pada tahun 700-an ketika di bawah pemerintahan Raja Ethelbald dan Raja Offa. Egbert, raja Wessex, menakluki Mercia pada tahun 825. Selepas itu Mercia tidak pernah berjaya memulihkan semula kuasa mereka sebagaimana sebelumnya. Lihat juga Offa’s Dyke; Shropshire; United Kingdom, Sejarah. | UMUM | |
PHILOSOPHES | Philosophes ialah sekumpulan ahli falsafah Perancis pada Zaman Ketaakulan, iaitu era bersejarah yang berlanjutan dari akhir tahun 1600-an hingga tahun 1700-an. Orang yang termasuk dalam kumpulan ini ialah ahli falsafah yang hebat seperti Marquis de Condorcet, Denis Diderot, Claude Helvétius, Jean Jacques Rousseau, dan Voltaire. | UMUM | |
PTEROSAUR | Pterosaur ialah anggota sekumpulan reptilia terbang yang telah pupus. Pterosaur hidup pada Era Mesozoik, dari kira-kira 240 juta hingga 65 juta tahun dahulu. Fosilnya telah dijumpai di setiap benua. | UMUM | |
SANTA FE TRAIL | Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam era prakereta api. Jalan ini bermula di Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe, New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron, Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort (berhampiran La Junta, Colorado), kemudian berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering. Pengembara mengangkut barangan mereka menggunakan kuda dan kemudian menggunakan wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821. | UMUM | |
DAVID, JACQUES LOUIS | David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk secara mantap berdasarkan bentuk model, unsur perincian yang realistik, dan komposisi yang berimbang. | UMUM | |