ESTET | Estet ialah istilah undang-undang yang merujuk kepada keseluruhan harta yang dimiliki oleh seseorang individu. Istilah ini juga merujuk kepada hak atau kepentingan seseorang dalam sesuatu bidang tanah. | UMUM | |
ESTET JENERAL | Estet Jeneral juga dikenali sebagai States- General ialah dewan perwakilan Perancis dari tahun 1302 hingga tahun 1789. | UMUM | |
SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana. | UMUM | |
DUCHY OF CORNWALL | Duchy of Cornwall terdiri daripada estet yang dianugerahkan kepada putera sulung raja yang menerima hasil daripada estet ini setelah dia berusia 21 tahun. | UMUM | |
SULGRAVE MANOR | Sulgrave Manor ialah sebuah estet di Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai tempat tinggal nenek moyang George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence Washington membina rumah manor tersebut pada tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun perdamaian antara Great Britain dengan Amerika Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut dengan perabot dan membaiki bahagian dalam bangunan itu. | UMUM | |
DUCHY OF LANCASTER | Duchy of Lancaster, sekumpulan estet yang menjadi milik raja-raja British yang memerintah dan menerima hasilnya untuk peribadi. | UMUM | |
DUMBARTON OAKS | Dumbarton Oaks ialah nama persidangan antarabangsa yang diadakan pada bulan Ogos –Oktober 1944 di Dumbarton-Oaks, sebuah estet di Washington D.C. | UMUM | |
SANTA MARTA | Santa Marta (pend. 218 205) ialah pelabuhan laut berhampiran hujung utara Colombia. Untuk lokasi, lihat Colombia (peta). Bandar ini penting sebagai pusat kapal penghantaran pisang. Beberapa tahun dahulu bandar ini menjadi tempat yang digunakan oleh para pengembara untuk memulakan usaha mencari El Dorado. Santa Marta diasaskan pada tahun 1525 oleh Rodrigo de Bastidas, ahli pelayaran dan penjelajah Sepanyol. Ia adalah petempatan tetap yang tertua di Amerika Selatan. Tidak jauh dari situ ialah hacienda (estet) San Pedro Alejandrino dan di sinilah pembebas Amerika Selatan, Simón Bolívar menghabiskan hari-hari terakhirnya sebelum meninggal dunia pada tahun 1830. Lihat juga El Dorado. | UMUM | |
GEYLANG SERAI | GEYLANG SERAI, kediaman orang Melayu sejak pertengahan tahun 1800 (yang terletak di daerah Timur Singapura). Dua pertiga daripada tanah kawasan tersebut (600 ekar) dimiliki oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab, dan keluarganya. Pada masa itu, kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Preseverence Estate’. Apabila estet tersebut diserahkan kepada seorang pegawai Inggeris untuk dibangunkan secara lebih teratur, serai mula ditanam secara besar-besaran. Sejak itu timbul nama Geylang Serai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DARURAT | DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |