Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang tumbuh di negara-negara tropika dan separa tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap setinggi lima hingga sembilan meter dan diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga boleh digunakan untuk membuat papan serat dan kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor. |