ETER | Eter, dalam kimia ialah cecair tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai bau wangi yang kuat. Wap eter menyebabkan orang yang menghiduinya tidak sedarkan diri. Bertahun-tahun lamanya ia digunakan sebagai anestetik am semasa melakukan pembedahan. | UMUM | |
ETER MAHKOTA | Eter mahkota, polieter siklik yang ditemui oleh Charles Pedersen pada tahun 1967. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
MORTON, WILLIAM THOMAS GREEN | Morton, William Thomas Green (1819– 1868), doktor gigi Amerika yang membuat demonstrasi awam yang pertama tentang eter pada tahun 1846. Crawford W. Long menggunakan eter ketika melakukan pembedahan pada tahun 1842, tetapi dia tidak menerbitkan penemuannya sehingga tahun 1849 (lihat Long, Crawford Williamson). | UMUM | |
MINYAK | Minyak. Sebarang bahan bergris yang tidak larut dalam air tetapi boleh dilarutkan dalam eter dikelaskan sebagai minyak. Terdapat pelbagai jenis minyak. Kebanyakannya lebih ringan daripada air dan menjadi cecair pada suhu bilik. Beberapa contoh minyak yang lain, seperti lemak haiwan dan lemak mentega, beku pada suhu bilik. | UMUM | |