KUMPULAN ETNIK | Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang membezakan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan mungkin mempunyai pertalian nenek moyang, budaya, bahasa, kewarganegaraan atau agama, atau kombinasi antara aspek-aspek tersebut. | UMUM | |
ASHANTI | Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama kumpulan ini juga dieja Asante . Kebanyakan orang Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah bandar kedua terbesar di Ghana. | UMUM | |
JAH HET, | JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ORANG PUSHTUN | Orang Pushtun ialah salah satu kumpulan etnik yang terbesar di Afghanistan dan Pakistan. Kumpulan itu merangkumi kira-kira setengah jumlah penduduk Afghanistan dan kira-kira satu per lima daripada jumlah penduduk Pakistan. Kebanyakan orang Pushtun tinggal berhampiran dengan sempadan di antara Afghanistan dengan Pakistan – di bahagian timur Afghanistan atau bahagian barat Pakistan. | UMUM | |
KIKUYU | Kikuyu ialah kumpulan etnik yang terbesar di Kenya, Afrika Timur. Puak Kikuyu, juga dikenali dengan nama Gikuyu, membentuk 20 peratus daripada penduduk Kenya. Dalam kalangan puak ini, terdapat mereka yang paling terpelajar dan terkaya di Kenya. Kebanyakan orang Kikuyu berkhidmat dengan kerajaan dan dalam bidang perniagaan. Orang Kikuyu lain memiliki ladang-ladang yang besar. | UMUM | |
TARIAN RAKYAT | Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah, hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian. Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri. Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya, beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa jahat. | UMUM | |
DINKA | Dinka ialah kaum penternak lembu di Afrika Tengah. Mereka merupakan kumpulan etnik kulit hitam yang terbesar di Sudan. Lebih kurang dua juta orang Dinka tinggal di dataran selatan Sudan. | UMUM | |
SEGREGASI | Segrerasi ialah pengasingan kumpulan manusia mengikut adat atau mengikut budaya. Ia lazimnya berasaskan perbezaan asal usul etnik, agama, kekayaan, atau budaya. Sesetengah orang menganggap perbezaan sedemikian amat penting. | UMUM | |
BANGSA SULU | BANGSA SULU, salah satu golongan utama etnik Moro, tinggal di Propinsi Sulu, Filipina Selatan. Di Filipina, bangsa Sulu disebut Tao-Sug, yang bermaksud ‘orang arus’. Menurut legenda, bangsa Sulu berasal dari gugusan Pulau-pulau Melayu Minangkabau. | BUDAYA | Konsep |
DE KLERK, F.W. | De Klerk, F.W. (1936– ) ialah Presiden Afrika Selatan dari tahun 1989 hingga tahun 1994. Dalam tempoh memegang jawatan sebagai presiden, dia memainkan peranan penting dalam penghapusan dasar pemisahan etnik Afrika Selatan yang lebih dikenali sebagai aparteid. | UMUM | |