SHAHRUM YUB, Dato’ (1934- ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991). Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949. Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960). Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun. Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962.
Thanks for clicking. That felt good.