ANALISIS KOS FAEDAH | Analisis kos faedah, sejenis kajian ekonomi, yang menilai kos dan faedah sesuatu projek atau rancangan yang sedia wujud, atau yang telah dicadangkan untuk masyarakat. Perancang kerajaan dan industri menggunakan analisis kos faedah untuk membantu mereka membuat keputusan. | UMUM | |
FAEDAH BERBANDING | Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara kerana dapat mengeluarkan barangan tertentu dengan kos lepas yang lebih rendah daripada negara lain walaupun menggunakan sumber ekonomi yang sama. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
MOGOK | Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar. Mereka berharap mogok atau ancaman untuk mogok akan memujuk syarikat agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja yang lebih baik, atau faedah-faedah lain. | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |
FAEDAH | Faedah | UMUM | |
PERHUTANAN | Perhutanan ialah sains pengurusan sumber hutan untuk faedah manusia. Amalan perhutanan yang baik membantu mengekalkan bekalan kayu yang mencukupi bagi membuat papan lapis, kertas, dan keluaran kayu yang lain. Perhutanan juga termasuk pengurusan sumber seperti air, hidupan liar, kawasan ragut, dan kawasan rekreasi. | UMUM | |
SIMBIOSIS | Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik. Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini. Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme, komensalisme, dan mutualisme. | UMUM | |
BIJIH TIMAH | Batu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
TABUNG AMANAH | Tabung amanah ialah wang atau harta yang diurus oleh seseorang atau kumpulan bagi faedah orang lain atau kumpulan lain. Istilah lain untuk tabung amanah termasuk korpus , prinsipal, dan harta pesaka amanah . Pengaturan di bawah pengurusan tabung amanah dikenali sebagai amanah . | UMUM | |
AMALAN RASUAH | Amalan rasuah ialah teknik yang tidak beretika yang digunakan oleh ahli politik untuk mendapatkan faedah politik dalam sesuatu pilihan raya. | UMUM | |