ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti “Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
ÅNGSTRÖM, ANDERS JONAS | Ångström, Anders Jonas (1817–1874), ahli fizik dan ahli falak Sweden dan merupakan salah seorang pelopor sains spektroskopi . Sains ini melibatkan pengkajian tentang cahaya dengan menyebarkannya ke dalam spektrumnya (warna-warna unsur). | UMUM | |
RAHMAH EL-YUNUSIYAH | RAHMAH EL-YUNUSIYAH (1900-1969), pelopor pendidikan moden dan pengasas Sekolah Diniyyah Puteri, Sumatera, Indonesia. Dia lahir pada 29 Disember 1900 di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Rahmah berasal daripada keluarga yang cukup terkenal. Ayahnya Syekh Muhammad Yunus adalah seorang ulama besar. Datuknya, Imanuddin dikenal sebagai pakar ilmu falak (astronomi) dan pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah. Ayah Rahmah meninggal dunia ketika dia masih kanak-kanak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK | HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |