FARID WAJDI | | UMUM | |
FARID M. ONN | FARID M. ONN (1939 - ), ahli bahasa. Dia lahir pada 7 Mei 1939 di batu pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pintas Raya, Batu Pahat (1946), Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat (1948), Sekolah Melayu bandar Kluang (1949) dan Sekolah Melayu Tanjung Semberung (1950). Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajarannya ke Singapura, iaitu di Sekolah Melayu Geylang dan kemudian di Tanjung Rhu English Primary School hingga tamat pada tahun 1954. Farid memperoleh pendidikan menengah di Raffles Institution, Singapura hingga lulus Cambridge School Certificate (1958) dan Higher School Certificate (1960). | BAHASA | Tokoh |
JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA | JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA, jurnal terbitan persatuan ahli bahasa dan penggiat bahasa Melayu di Malaysia. Jurnal ini terbit kali pertama pada tahun 1983. sidang Editornya terdiri daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim selaku Ketua Editor, Dr. Abd. Aziz Idris selaku Editor dan Prof. Dr. Farid M. Onn serta Awang Sariyan selaku Editor Pelaksana. | BAHASA | Karya |