Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah metropolitan dan pusat pembuatan di Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom. Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan pengeluaran pakaian serta barangan farmaseutikal. Lombong batu arang terletak berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey. Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga Merseyside. |