Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.ma.si] | فرماسي

Definisi : 1. kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan ubat-ubatan; ahli ~ orang yg terlatih dlm bidang farmakologi, juruubat; 2. tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan, dispensari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.ma.si] | فرماسي

Definisi : 1 kemahiran atau teknologi dlm penyediaan ubat-ubatan. 2 tempat ubat dan bahan-bahan perubatan disediakan, diberikan atau dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farmasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FARMASI

Farmasi ialah seni dan sains dalam proses penyediaan, pengawalan dan penentuan ubat yang digunakan oleh pesakit secara rasional, selamat dan berkesan.

UMUM 
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
MINIM

Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam

sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah

menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka

menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu

minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter

padu. Dalam sistem apotekari, satu minim

bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu

dram cecair. Perkataan minim berasal daripada

perkataan Latin minimus, yang bermakna paling

kecil.

UMUM 
TIMBANGAN APOTEKARI

Timbangan apotekari ialah satu sistem

timbang yang pada satu masa dahulu digunakan

secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan

preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan

setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada

8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap

skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari

dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram.

Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam

0.45 kilogram.

Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan

ukuran.

UMUM 
MUSA MOHAMAD, DATUK

MUSA MOHAMAD, Datuk (1943-     ), Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Dia lahir pada 29 November 1943 di Sungai Nipah, Bagan Datoh, Perak. Musa mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Simpang Tiga (1949-1951), Sekolah Inggeris Kerajaan Sungai Sumun (1949-1951), Sekolah Clifford (1958-1959) dan seterusnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (1960-1961). Pada tahun 1962, dia melanjutkan pelajarannya di University of Singapore sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Farmasi.

  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY,

Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./

897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada

abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga

Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy

ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian

berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di

Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim

ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan

seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al-

Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn

Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn

Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan

beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj

mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk

syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu

keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan

khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga

menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan

cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan

farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai

pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai

seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz.

UMUM 

Kembali ke atas