Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sih]/[fa.sih] | فصيح

Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sih]/[fa.sih] | فصيح

Definisi : lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap); petah: Anak itu telah ~ bercakap. ~ lidah, = berlidah ~ a. lancar dan baik lafaznya. b. pandai berkata-kata. kefasihan keadaan atau sifat fasih; kepetahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD IBN SA‘D

Muhammad ibn Sa‘d ( ?–82 H./ ?–702 M.), ahli

hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn Sa‘d ibn Abu Waqqas al-Madaniy.

Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta

daripada ‘Uthman ibn Affan, Abu al-Darda’ dan lain-lain

lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua

orang anaknya, Ibrahim dan Isma‘il, serta Abu Ishaq

al-Sabi‘iy. Muhammad ibn Sa‘d meriwayatkan

pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ash‘ath

menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al-

Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya

diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al-

Nasa’iy dan Ibn Majah.

UMUM 
ARSALAN, SYAKIB

Arsalan, Syakib (1286 H.–1366 H./1869 M.–1946

M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib

Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan

ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis,

pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat,

Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al-

Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia

fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda

dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan

Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai

guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari

pengarang al-Mujam al-Laghawi al-Bustan ,

Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia

banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang

terkenal dalam ilmu al-Bayan hingga digelar Amir

al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran

al-Sina‘atayn.

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
AHMAD ISMAIL

AHMAD ISMAIL, Datuk (1899-1969), tokoh masyarakat dan penerbit buku. Dia  lahir pada 3 Ogos 1899 di Kota, Kelantan. Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong dari tahun 1912 hingga tahun 1915, tetapi setakat Darjah dua sahaja. Tetapi atas kesedarannya sendiri, dia masuk sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan di bawah pimpinan Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tuk Kenali, ulama yang amat terkenal) membolehkannya fasih berbahasa Arab.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas