Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah negara atau unit politik membenarkan agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat. Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk kepada undang-undang atau kekangan lain yang biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh menangkap, memenjarakan, membunuh, atau membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang sebab. Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta, merupakan sebuah negara polis yang paling lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara komunis. Lihat juga Polis rahsia. |