Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.de.ral] | فيدرل

Definisi : (féderal) IB yg bersekutu (negeri-negeri dll); kaum ~ orang yg menganut (menghendaki) faham negara yg berbentuk persekutuan; negara ~ negara yg dibentuk drpd negeri-negeri yg bersekutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata federal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION (FBI) UMUM 
FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION

Federal Bureau of Investigation (FBI), badan penyiasatan pusat Amerika Syarikat.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PENERBITAN FEDERAL BERHAD

PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.  Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur.  Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’.

SASTERAPenerbitan
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY –FELDA) UMUM 
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
FELDA

FELDA, agensi berkanun. FELDA ialah singkatan Federal LandDevelopment Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). FELDA ditubuhkan pada tahun 1956. Tujuan FELDA ditubuhkan adalah untuk membangunkan tanah dan menempatkan penduduk di kawasan yang baru diteroka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
FAMA

FAMA, agensi berkanun. FAMA ialah singkatan Federal Agricultural Marketing Authority (Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan). FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 dan diletakkan di bawah Kementerian Pertanian. Ibu pejabat FAMA di Kuala Lumpur. Khidmatnya disalurkan melalui rangkaian pejabat pada peringkat negeri dan daerah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DAMAI

DAMAI, kumpulan puisi karya A.S. Amin yang ditulis antara bulan Mei 1955 hingga tahun 1961. Kumpulan ini memuatkan sebanyak 46 buah puisi dan diterbitkan oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1965. Kebanyakan puisi dalam kumpulan ini mempunyai baris yang pendek, iaitu antara 7 hingga 20 baris sahaja.

    

SASTERAKarya
DI BALIK TABIR HARAPAN DI BALIK TABIR HARAPAN, drama moden karya Kala Dewata yang diterbitkan pertama kalinya oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1966. Pada tahun 1990, drama ini diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dalam koleksi kumpulan pengarang berjudul Drama-drama Kala Dewata yang mengandungi 13 buah drama.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas