Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of federating, usaha mempersekutukan; 2. union, persekutuan: F~ of Malaya , Persekutuan Tanah Melayu; the ~ of labour unions, persekutuan kesatuan-kesatuan buruh. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata federation


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FEDERATION WHEAT UMUM 
AMINUDDIN BAKI

Aminuddin Baki (1926–1965), Ketua Penasihat

Pelajaran. Dia terlibat dalam perkembangan

pelajaran di Tanah Melayu sejak tahun 1951. Dia

pernah dilantik sebagai salah seorang ahli

Committee on Malay Education, Federation of

Malaya. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh

L. J. Barnes dari Oxford University. Dia juga pernah

dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajaran yang

dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein,

Menteri Pelajaran pada masa itu pada tahun 1956.

UMUM 
GABUNGAN PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau The Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA) ialah organisasi sukarela yang melindungi hak pengguna sebagai pembeli dan pengguna perkhidmatan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
SANGER, MARGARET

Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin

wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika

Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu

penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di

Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang.

Sanger percaya bahawa orang perempuan

sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan

sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai

persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang

perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang

tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan

yang kemudiannya menjadi Persekutuan

Keibubapaan Terancang Amerika (Planned

Parenthood Federation of America), iaitu organisasi

kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger

mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya

diken ali sebagai keibuan sukarela .

UMUM 
OTHMAN PUTEH

OTHMAN PUTEH, (1944 -        ), penulis dan pengiat sastera. Dia lahir pada 5 Januari 1944 di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Melaka. Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru, Melaka (1950 – 1956). Kemudian dia meneruskan pelajaran menengah dengan memasuki kelas peralihan di St. Francis Institution, Melaka hingga memperoleh Sijil Federation of Malaya (FMS). Selepas itu dia mengikuti kursus penguruan di Maktab Penguruan Kota Bharu, Kelantan (1963). Tiga bulan kemudian, dia dipindahkan ke Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1963 – 1964). Setelah tamat kursus, dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka (1965 – Mei 1973).

SASTERATokoh

Kembali ke atas