Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fer.mi] | فرمي

Definisi : (Fiz) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 10-15 meter, digunakan utk mengukur jarak (dlm bidang fizik nuklear atau fizik atom). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fer.mi] | فرمي

Definisi : ist unit ukuran panjang yg digunakan dlm fizik nuklear yg bersamaan dgn 10-15 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fermi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FERMI, ENRICO UMUM 
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 
RICKOVER, HYMAN GEORGE

Rickover, Hyman George (1900–1986) ialah

pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis

pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang

menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia

dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains

atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover

telah menghasilkan Education and Freedom (1959),

yang mengandungi pendapatnya tentang

pendidikan.

UMUM 

Kembali ke atas