Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[féu.da.lis.me] | فيوداليسمى

Definisi : (féudalisme) 1. sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh kaum bangsawan; 2. sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan di Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum bangsawan yg menjadi tuan punya tanah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[féu.da.lis.me] | فيوداليسمى

Definisi : /féudalisme/ sistem feudal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feudalisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FEUDALISME UMUM 
KESATUAN MELAYU MELAKA

KESATUAN MELAYU MELAKA, persatuan politik nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1927. Pemimpinnya terdiri daripada guru sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan. Salah seorang pemimpin aktif kesatuan ialah Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1970-an). Guru merupakan tenaga pemimpin yang utama di Melaka, kerana di Melaka tidak terdapat golongan pembesar tradisional seperti negeri Melayu yang lain. Sistem feudalisme Melayu telah hilang di Melaka sejak penjajahan Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, sistem feudalisme atau tradisional masyarakat Melayu yang bermula di Melaka pada abad ke-15 telah berkembang ke negeri lain yang muncul selepas kejatuhan empayar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas