MUHAMMAD KASSIM | FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI"> MUHAMMAD KASSIM FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">(1886-1973), penulis Indonesia. Dia lahir di Muara Sipongi, Sumatera Utara, Indonesia. Dia menerima pendidikan di sekolah guru hingga tahun 1935 dan kemudian bertugas sebagai guru sekolah dasar. | SASTERA | Tokoh |
MUSLIM BURMAT | FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI"> MUSLIM BURMAT FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">(1943- ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London. | SASTERA | Tokoh |
MUSAFIR | FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">MUSAFIR FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">, novel karya Hassan Ali. Novel ini memenangi tampat kedua Peraduan Mengarang Novel Dewan Bahasa dan Pustaka 1958. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, dan terpilih sebagai teks sastera sekolah menengah. Hingga tahun 1993, Musafir telah diulang cetak sebanyak 13 kali. FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI"> | SASTERA | Karya |
KAMIL FI AL-LUGHAH WA AL-ADAB, AL- | Kamil fi al-Lughah wa al-Adab, al- ialah salah satu daripada kumpulan kitab rujukan utama dalam bidang kesusasteraan Arab. Ia dikarang oleh Abu al- ‘Abbas Muhammad ibn Yazid al-Mubarrid al- Thumali, berketurunan daripada kabilah Thamalah al-Azdiyah. | UMUM | |
NUZHAH AL-ALIBBA' FI TABAQAT AL-UDABA' | Nuzhah al-Alibba’ fi Tabaqat al-Udaba’, kitab yang membahaskan ahli bahasa, ahli nahu dan ahli sastera. Kitab ini dikarang oleh Abu al- Barakat, Kamal al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad al-Anbariy (meninggal dunia pada tahun 577 H./1181 M.). Dia ialah salah seorang daripada ‘ulama‘ nahu yang terkenal serta mengarang banyak kitab ilmiah. | UMUM | |
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB | Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah ensiklopedia komprehensif sastera yang mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al- Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30 jilid yang berpandukan sumber-sumber yang berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia yang komprehensif. Ia juga menunjukkan perkembangan penulisan dan pembahagian bab. Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya, dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa bab dan fasal. | UMUM | |
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI) | Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan elektronik yang menghasilkan semula bunyi dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti tinggi direka bentuk untuk mengekalkan ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini sering juga digelar sebagai sistem bunyi stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini, sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan semula dari arahnya yang betul. | UMUM | |
NAGARAKARTAGAMA | FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">NAGARAKARTAGAMA, FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
MOHD. YUSOF HASAN | FI style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">MOHD. YUSOF HASAN FI style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">(1940- ), sarjana kesusasteraan Melayu. Dia lahir pada 20 Januari 1940 di Jitra, Kedah. Mohd. Yusof mendapat pendidikan di Sekolah St. Micheal (swasta), Alor Setar (1951-1956). FI style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">Dia kemudian lulus Certificate of Education pada tahun 1960. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1969. Dia memperoleh Diploma of Education di Universiti yang sama pada tahun 1970. Pada tahun 1976, Mohd. Yusof lulus ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dia ke Australian National University, Canberra, Australia untuk melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
MUSANG BERJANGGUT | FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">MUSANG BERJANGGUT FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">, cerita jenaka Melayu yang memperlihatkan unsur pengaruh asing terutama pengaruh Arab dan Parsi. Cerita ini ditulis kembali oleh R.O. Windstedt dan dimuatkan dalam JMBRAS No. 52 dan diterbitkan pada tahun 1909. | SASTERA | Karya |