Renium ialah unsur kimia dengan simbol Re. Ia adalah logam nadir, mahal, berwarna putih keperakan. Ia didapati sedikit dalam mineral seperti gadolinit , dan molibdenit . Renium mempunyai satu daripada takat lebur yang paling tinggi antara unsur kimia. Oleh kerana ini ia tahan terhadap suhu tinggi. Tenium adalah bahan yang berharga dalam aloi (campuran logam) tertentu. Ia kadangkala dicampurkan dengan tungsten atau platinum untuk membuat kelengkapan elektrik tahan panas. Ia juga digunakan untuk membuat filamen (dawai halus) untuk alat yang dikenali sebagai spektrometer , yang digunakan untuk mengukur jisim atom dan molekul yang bercas. |