Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STUDIO JALAN AMPAS

STUDIO JALAN AMPAS, studio pengeluar filem hitam putih terbesar pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an.  Studio ini terletak di Boon Teck Road, Singapura.  Jalan Ampas ialah sebatang jalan pendek, cabang dari jalan yang lebih besar bernama Balestier Road.  Studio yang berasal daripada sebuah sekolah Cina ini dibeli oleh Shaw Brothers dan diubahsuai menjadi pejabat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MAYAT

MAYAT, drama sebabak karya Hatta Azad Khan.  Drama ini telah memenangi hadiah kedua Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas, Bahagian Drama Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1978.  Drama ini juga telah dipentaskan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan di Brunei Darussalam pada tahun 1980 oleh kumpulan Badan Budaya DBP.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SILLITOE, ALAN

Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan

penulis drama British yang terkenal dengan novel

pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning

(1958) yang mengisahkan perihal kehidupan

masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia

menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of

the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya,

yang memberikan judul kepada buku ini,

menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki

yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya

menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita

pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays

(1978), The Rats and Other Poems (1960), The

Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982).

Saturday Night and Sunday Morning dan The

Loneliness of the Long Distance Runner telah

dijadikan filem dan diminati ramai.

UMUM 

Kembali ke atas