Oslo (pend. 449 220) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Norway. Oslo juga merupakan pusat ekonomi, industri dan kebudayaan yang utama bagi negara ini, dan juga salah satu bandar pelabuhan utama Norway. Oslo terletak di pantai tenggara, di tanjung tinggi di Fiord Oslo yang terkenal. Bandar ini terletak kira-kira 130 kilometer ke utara Skagerrak, salah satu cabang Laut Utara [lihat Norway (peta)]. Dari tahun 1624 hingga tahun 1925, Oslo dikenali Christiania sebagai penghormatan kepada Raja Christian IV, yang merancang untuk membina semula bandar itu selepas dimusnahkan dalam suatu kebakaran. |