FIRDAUS ABDULLAH (1944 - ), penulis. Dia lahir pada 3 Jun 1944 di Kuang, Selangor. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat. Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan ‘Malaysian Civics’ kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensayarah di Universiti Malaya.
Surah al-Mu’minun ialah salah satu daripada
surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut
susunannya surah-surah al-Qur’an dan
mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al-
Mu’minun sempena pujian terhadap amalan
kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang
melayakkan mereka menduduki syurga yang
tertinggi, iaitu syurga Firdaus.
Thanks for clicking. That felt good.