MASNAWI, puisi Parsi yang dicipta atau dikembangkan oleh penyair sufi Parsi yang terkenal, Jalaluddin al-Rumi (m. 1273 M.). Masnawi merupakan puisi panjang, baik yang berbentuk naratif seperti puisi epik Shah Nama oleh Firdausi (m. 1020 M.) mahupun puisi dedaktik Mathnawi karya al-Rumi. Shah Nama terdiri daripada 60 000 rangkap dengan menggunakan polamatra mutaqarib dan Mathnawi mengandungi 25 000 rangkap dalam polamatra ramal.
Thanks for clicking. That felt good.