FISIOLOGI | | UMUM | |
MACLEOD, JOHN JAMES RICKARD | Macleod, John James Rickard (1876–1935) ialah ahli fisiologi Scotland. Dia dan Sir Frederick Banting menerima Hadiah Nobel untuk fisiologi atau perubatan pada tahun 1923 kerana penemuan insulin pada tahun 1922. | UMUM | |
KORPUSKE L | Korpuskel, dalam bidang fisiologi, ialah istilah yang digunakan untuk satu jisim atau jasad yang kecil. | UMUM | |
BICHAT, MARIE FRANÇOIS XAVIER | Bichat, Marie François Xavier (1771–1802) ialah pakar bedah, ahli anatomi dan ahli fisiologi Perancis. Dia ialah ahli sains pertama mengasaskan anatomi dan fisiologi pada kajian tisu dan bukan pada organ. Bichat ialah salah seorang pengasas histologi , kajian tentang struktur halus haiwan dan tisu sayuran. Dia menggesa penggunaan autopsi dalam mengkaji penyakit, dan dia sendiri melakukan lebih daripada 600 autopsi. | UMUM | |
EINTHOVEN, WILLEM | Einthoven, Willem (1860–1927) ialah ahli fisiologi Belanda, yang mengasaskan elektrokardiografi. | UMUM | |
LUDWIG, HERMANN | Ahli sains dan ahli falsafah Jerman yang banyak memberi sumbangan dalam bidang fisiologi, optik, akustik dan elektrodinamik pada abad ke-19. | FIZIK | Tokoh |
ROSS, SIR RONALD | Ross, Sir Ronald (1857–1932), doktor British, yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1902 untuk bidang fisiologi atau perubatan. Hadiah ini diberi untuk menghargai usahanya yang kemudiannya menyebabkan penemuan kaedah untuk menentang penyakit malaria. | UMUM | |
TATUM, EDWARD LAWRIE | Tatum, Edward Lawrie (1909–1975) ialah ahli biokimia Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui bahawa gen mengawal proses kimia tertentu. Dia dan George W. Beadle mendapati bahawa mutasi yang disebabkan oleh sinar-x dan proses biokimia diturunkan kepada generasi berturutan. Tatum lahir di Colorado, Amerika Syarikat. Lihat juga Beadle, George W.; Keturunan (Kajian tentang kimia gen). | UMUM | |
MÜLLER, PAUL HERMANN | Müller, Paul Hermann (1899–1965) ialah ahli kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui sifat-sifat membunuh serangga pada DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun 1939. DDT digunakan dengan meluas semasa Perang Dunia II (1939–1945) untuk membunuh kutu badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT. | UMUM | |
MORGAN, THOMAS HUNT | Morgan, Thomas Hunt (1866–1945), ahli genetik Amerika, menerima Hadiah Nobel pada tahun 1933 bagi bidang fisiologi atau perubatan atas kajiannya mengenai keturunan sebagaimana yang tercatat dalam buku The Theory of the Gene (1926). Dia menunjukkan melalui eksperimennya bahawa ciri-ciri tertentu diturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui gen (lihat Keturunan [Kelahiran genetik]). | UMUM | |