Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. |