NAMA PADANG | Nama padang mungkin memerikan bentuk padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang diberi nama mengambil sempena nama orang atau peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah nama padang berasal daripada kata lama bagi pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh, nama julukan, dan nama ironik juga diberikan kepada padang. | UMUM | |
TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas. | UMUM | |
SIMON, NEIL | Simon, Neil (1927– ) ialah penulis drama Amerika. Komedi dan muziknya terkenal menjadikannya penulis drama yang paling komersial dalam sejarah teater Amerika. Marvin Neil Simon lahir di New York City. Drama pertamanya merupakan komedi ringan yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961). Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada pengalamannya sebagai pengantin baru yang tinggal di flat di New York. | UMUM | |