Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang, ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais yang besar juga boleh memecahkan lembar ais apabila bahagian tepinya mencair pada musim panas. Kepingan ais leper yang terapung yang dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga dikenali sebagai ais sarah. Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik. |