Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula, dalam bentuk bertaip. Mesin perencana menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan mudah dalam perjalanan perniagaan. Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon terbina dalam atau mikrofon berasingan yang dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk memainkan semula rencana, seorang jurutaip meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan <i> pen transkripsi i> dan mendengarnya melalui fon telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan unit berasingan. |