| FORMULA 1 | Perlumbaan kereta bertaraf dunia | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| PERLUMBAAN FORMULA SATU | Perlumbaan Formula Satu lihat Kereta (Lumba kereta). | UMUM | |
| SEBATIAN | Sebatian ialah bahan yang mengandungi lebih daripada satu jenis atom. Setiap sebatian mempunyai komposisi tertentu yang boleh diperikan dengan formula kimia. Contohnya, air ialah sebatian yang mengandungi dua jenis atom, hidrogen (H) dan oksigen (O). Formula kimia air ditulis H 2 O kerana terdapat dua kali sebanyak atom hidrogen dengan atom oksigen dalam mana-mana sampel air. Lain-lain sebatian biasa termasuk garam dan gula. Sebatian ini dan banyak sebatian lain wujud dalam alam semula jadi. Banyak sebatian lain juga dicipta secara artifisial. | UMUM | |
| ILMENIT | Ilmenit (formula kimia, FeTiO3), dikenali sebagai bijih besi titanik yang hitam, mineral yang berat, penting sebagai sumber titanium | UMUM | Umum |
| TALKUM | Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan yang rata licin, dan dalam bongkah yang padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris. Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di Mesir dan China purba. | UMUM | |
| KASITERIT | Kasiterit (formula kimia, SnO2) ialah satu-satunya bijih timah yang penting. Ia kadangkala dikenali sebagai batu timah. Kasiterit biasanya agak berkilat, berwarna perang atau hitam. | UMUM | |
| KARBORUNDUM | Karborundum (formula kimia, SiC) ialah nama dagang bagi silikon karbida, iaitu pelelas. Ia disediakan daripada pasir dan karbon. | UMUM | |
| AMMONIA | Ammonia (formula kimia NH3 ) ialah gas alkali yang tidak berwarna yang terdiri daripada satu bahagian nitrogen dan tiga bahagian hidrogen. Ia lebih ringan daripada udara, dan mempunyai bau yang sengit. Ammonia boleh disedut jika ia dicairkan dalam udara, tetapi gas ammonia pekat boleh menyebabkan kelemasan dan kematian. Ammonia tidak terbakar dalam udara, tetapi ia terbakar dalam oksigen dengan nyala yang lemah berwarna kuning. | UMUM | |
| TEOREM BINOMIAL | Teorem binomial ialah formula algebra yang penting. Binomial ialah ungkapan yang mengandungi sama ada tanda plus atau tanda minus. Contohnya, (a+b) ialah binomial. Ungkapan ( a + b ) ⁿ bermakna ( a + b ) akan ditambah sehingga kuasa ke- n (ungkapan itu sendiri didarab dengan ungkapan itu juga berulang kali sebanyak n kali). Operasi ini menghasilkan ungkapan yang dinamai pengembangan binomial. | UMUM | |
| AIR BERAT | Air berat (formula kimia D2O atau 2 H2O) ialah air yang mengandungi isotop hidrogen berat yang dinamakan deuterium (simbol kimia D) yang menggantikan hidrogen biasa. Atom deuterium mempunyai jisim kira-kira dua kali ganda atom hidrogen biasa. Air berat juga dinamakan deuterium oksida . | UMUM | |