FORUM ROM | | UMUM | |
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM) | Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM) | Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel, ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan jurnal linguistik. | UMUM | |
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA | PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau. Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973. Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara. Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat. | SASTERA | Karya |