Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fos.fo.rus] | فوسفوروس

Definisi : (Kim) unsur bukan logam yg berwarna kuning dan mudah terbakar (kelihatan berkilat-kilat dlm gelap) yg digunakan utk membuat racun tikus, baja, mancis, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fos.fo.rus] | فوسفوروس

Definisi : ist unsur bukan logam yg berwarna kekuning-kuningan dan mudah terbakar serta kelihatan berkilat-kilat dlm gelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fosforus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KITAR FOSFORUS

Kitar fosforus ialah peredaran fosforus antara

batu-batan, tanih, sungai, tumbuh-tumbuhan, dan

haiwan yang terdapat di bumi. Manusia dan semua

organisma lain memerlukan forforus untuk hidup.

UMUM 
FOSFORUS UMUM 
ASID FOSFORIK

Asid fosforik ialah asid jenis fosforus yang

paling biasa didapati. Pengilang

menggunakannya untuk menghasilkan sebatian

fosfat tidak organik, baja, minuman ringan dan

perasa sirap.

UMUM 
MONAZIT

Monazit ialah mineral berat, berwarna kuning-perang.

Ia adalah sebatian fosfat (fosforus dan

oksigen), yang terdiri daripada logam nadir bumi

dan torium. Formula kimianya ialah

(Th , Ce, la, Y)PO 4 . Monazit adalah satu sumber

daripada torium, iaitu bahan api nuklear yang

digunakan dalam sesetengah reaktor nuklear.

Monazit juga adalah sumber penting bagi unsur

dan sebatian nadir bumi, yang digunakan dengan

meluas dalam pembuatan kaca dan logam.

UMUM 
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 
RANGKA

Rangka ialah bingkai tulang yang fleksibel pada

haiwan vertebrat. Ia memberi bentuk kepada badan,

melindungi organ penting, dan menyediakan sistem

tuas, yang dikendalikan oleh otot yang membolehkan

badan bergerak. Ia menempatkan sumsum tulang ,

iaitu tisu yang membentuk darah. Ia menyimpan

unsur-unsur seperti kalsium dan fosforus dan

membebaskannya ke dalam darah. Rangka juga

mengandungi sedikit unsur magnesium, kalium,

dan natrium.

UMUM 
MELEBUR

Melebur ialah kaedah mengasingkan logam

daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan

dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk

membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan

10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur

dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas

panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini

membakar kok dan menghasilkan gas serta haba

yang perlu untuk menurunkan besi daripada

mineral oksidanya di dalam bijih dan juga

membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur

dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus

(lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari

bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan

dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas

untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan

tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang

mengandungi besi).

UMUM 
BRAN

Bran ialah kulit keras luar isi barli, jagung, beras,

gandum, dan bijian bijirin yang lain. Bran biasanya

diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran

mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia juga

mengandungi zat besi, niasin dan vitamin B yang

lain, fosforus, protein dan kanji.

UMUM 

Kembali ke atas