Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : (Bio) sintesis sebatian organik drpd karbon dioksida dan air dgn menggunakan tenaga suria yg diserap oleh klorofil; memfotosintesiskan menukarkan karbon dan air menjadi makanan melalui proses fotosintesis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : /fotosintésis/ ist proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dgn adanya cahaya matahari dan klorofil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotosintesis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FOTOSINTESIS UMUM 
SAPROFIT

Saprofit ialah benda hidup yang mendapat

makanannya daripada sisa organisma yang mati.

Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti

cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini

tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang

membolehkan tumbuhan membuat makanannya

melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit

menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan

untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya

menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan

karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh

menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain

yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya

menjadi sebatian yang lebih ringkas.

UMUM 
PEPANJATTumbuhan yang memanjat pokok lain sebagai sokongan untuk membolehkannya memperoleh cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis.GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
KLOROPLAS

Kloroplas ialah struktur terkhusus di dalam

sel tumbuhan. Ia menjadi tempat berlakunya

fotosintesis. Kloroplas mengandungi klorofil,

pigmen hijau yang menyerap tenaga dari cahaya

matahari untuk digunakan dalam fotosintesis.

UMUM 
PERIUK KERA

Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan

hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk

yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera

adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan

serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti

lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat

makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat

Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di

kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang

diperlukan daripada tanah. Serangga yang

diperangkap memberikan nitrogen tambahan

kepada tumbuhan ini.

UMUM 
SUKROSA

Sukrosa ialah nama kimia bagi gula biasa. Sukrosa

teprgolong dalam kelas makanan yang dikenali

sebagai karbohidrat. Ia adalah hasil fotosintesis, iaitu

proses membuat makanan dalam tumbuh-tumbuhan.

Sukrosa diekstrakkan daripada bit gula

dan tebu dan digunakan dengan meluas sebagai

pemanis. Formula kimianya ialah C12H22O11.

UMUM 
KLOROFIL

Klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuh-tumbuhan

yang menyerap tenaga cahaya untuk

digunakan dalam fotosintesis. Klorofil juga terdapat

pada organisma mudah yang dinamakan alga

dan pada sesetengah bakteria.

UMUM 

Kembali ke atas