Swinburne, Algernon Charles (1837–1909) ialah penyair Inggeris yang penting. Dia mengejutkan England pada Zaman Victoria dengan kesukaannya berfoya-foya dan keyakinan agama dan politiknya yang tidak ortodoks. Puisi-puisinya yang penuh keghairahan memeranjatkan banyak pembaca. Kini kehidupan dan puisi Swinburne tidak lagi begitu luar biasa dan memeranjatkan seperti sebelum itu. Walau bagaimanapun, kemahiran teknikal puisinya yang luar biasa masih mengekalkan kehebatannya dengan mengejutkan. |