Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. extricate, disentangle, melepaskan: it took the firemen two hours to ~ the driver from the wrecked car, ahli bomba mengambil masa dua jam utk melepaskan pemandu dr kereta yg remuk itu; he ~d himself from the ropes, dia melepaskan dirinya drpd ikatan; the woman managed to ~ herself from his grasp, wanita itu dapat melepaskan dirinya drpd pegangannya; 3. cause (so., st) to become available, membolehkan: opting for early retirement ~d him to finish his book, memilih bersara awal membolehkannya menyelesaikan bukunya; by standing on two feet mankind ~d his hands for other tasks, dgn berdiri di atas dua kaki manusia membolehkan tangannya digunakan utk tugas lain. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. a. release, liberate, membebaskan, melepaskan; (slave) memerdekakan, membebaskan: he ~d the trapped animal, dia melepaskan binatang yg terperangkap itu; after three hours, fifteen people were ~d from the broken-down lift, selepas tiga jam, lima belas orang dilepaskan dr lif yg rosak itu; to ~ the economy from central planning, membebaskan ekonomi dr perancangan pusat; I was ~d from fifty per cent of my administrative duties, saya dilepaskan drpd lima puluh peratus tugas pentadbiran saya; she could not ~ herself from anxiety, dia tdk dapat melepaskan dirinya dr kebimbangan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : make ~ with st, /menggunakan, memakai/ sst /sesuka, sekehendak/ hati: I found him making ~ with my books, saya dapati dia menggunakan buku-buku saya sesuka hati; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv 1. in an uncontrolled way, (dgn) bebas: the children ran ~ in the garden, budak-budak itu berlari bebas di taman; 2. without charge, dgn percuma: children under six travel ~ on buses, budak-budak bawah enam tahun naik bas dgn percuma; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ and easy, serba santai: he leads a ~ and easy sort of life, hidupnya serba santai; ~ /from, of/, a. not spoilt, troubled, harmed, encumbered, etc by, bebas dr: at last he was ~ of her, akhirnya dia bebas daripadanya; he is seldom ~ from worries, dia jarang bebas dr kebimbangan; b. without, lacking, tdk ada, tdk ber [n]: the road is now ~ of obstructions, jalan itu tdk ada halangan sekarang ini; a piece of wood ~ of knots, sebatang kayu yg tdk berbuku-buku; ~ of charge, percuma; ~ of /tax, duty /, bebas cukai; feel ~ (to do st), (colloq) silakan (berbuat sst): feel ~ to use my typewriter, silakan menggunakan mesin taip saya; /get st, work / for ~, (colloq), /mendapat sst, bekerja/ dgn percuma; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 10. (of movement) unobstructed, lancar: the bridge is wide enough to allow the ~ passage of traffic, jambatan itu cukup luas utk membolehkan lalu lintas berjalan lancar; 11. unattached, lepas: the ~ end of the rope, hujung tali yg lepas; the ~ end of the beam, hujung alang yg lepas; 12. (chem) bebas: ~ hydrogen, hidrogen bebas; 13. (ling) bebas: a ~ morpheme, morfem bebas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. not literal, bebas: a ~ translation, terjemahan bebas; 7. unconstrained, bebas: he is somewhat ~ in his conversation, dia agak bebas dlm perbualannya; 8. lavish, profuse, mudah + approp v: he is very ~ with his advice, dia mudah memberikan nasihat; she is very ~ with money, dia mudah mengeluarkan wang; a ~ spender, (orang yg) /boros, kuat berbelanja/, pemboros; 9. costing nothing, percuma: a ~ ticket for the show, tiket percuma utk pertunjukan itu; ~ admission, masuk percuma; nothing in this world is ~, tdk ada yg percuma di dunia ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. unrestricted, bebas: they are not ~ to act, mereka tdk bebas bertindak; he enjoys the ~ life of a bachelor, dia menikmati hidup bebas orang bujang; a ~ market, pasaran bebas; 4. unoccupied, a. (of person) lapang, senang: I am busy today but will be ~ tomorrow, hari ini saya sibuk tetapi esok saya lapang; b. (of time) lapang: he has very little ~ time, waktu lapangnya sedikit sekali; c. (of place) kosong: there is a ~ table in the corner, ada meja kosong di penjuru itu; is this seat ~?, kerusi ini kosong?; 5. not bound by rules, bebas: ~ verse, rangkap bebas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. able to act at will, bebas: all men should be ~, semua manusia seharusnya bebas; after five years in prison he was ~ again, dia bebas semula selepas lima tahun dlm penjara; 2. (of country, society, press, etc) bebas: this is a ~ country and I have a right to express my opinion, ini negara bebas dan saya berhak menyatakan pendapat saya; we must defend our ~ society, kita mesti mempertahankan masyarakat kita yg bebas; ~ speech, bebas bercakap; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata free

Peribahasa

169

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat dia dapat

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FREE STATE UMUM 
RADIO FREE EUROPE/RADIO LIBERTY (RFE/RL) UMUM 
PENANG FREE SCHOOL

PENANG FREE SCHOOL, sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu.  Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1816, di Love Lane, oleh R.S. Hutchings.  Penubuhan Penang Free School mendorong pentadbir British menubuhkan sekolah Inggeris yang lain di Negeri-Negeri Selat.  Pada tahun 1826, Malacca Free School ditubuhkan, diikuti oleh Singapore Free School (1834).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
STEYN, MARTHINUS THEUNIS

Steyn, Marthinus Theunis (1857–1916) ialah

presiden terakhir bagi Orange Free State sebelum

negeri tersebut menjadi sebahagian daripada

Afrika Selatan. Dia telah dipilih menjadi presiden

pada tahun 1896. Kebetulan, tempoh jawatan Steyn

bersamaan dengan usaha Britain untuk mengambil

alih Republik Boer. Sepanjang tempoh ini, dia tetap

memperjuangkan kemerdekaan Boer.

UMUM 
ADAMSON, JOY

Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis,

yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born

Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini

menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya

memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa

mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur.

Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu

haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia

akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan.

UMUM 
REICHSWEHR

Reichswehr ialah istilah Jerman untuk tentera

negara . Pada tahun 1919, Republik Jerman

menubuhkan Reichswehr, daripada unit sukarela

yang dikenali sebagai Free Corps .

UMUM 
AUDEN W.H.

Auden W.H. (1907–1973), penyair yang lahir di

England . Dia terkenal dengan kepelbagaian

karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada,

blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse ,

oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse,

libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk

sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety .

UMUM 
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUKMOHD.  NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
STATUTE OF WESTMINSTER

Statute of Westminster (1931) menubuhkan

asas rangka undang-undang untuk Negara-negara

Komanwel. Ia memberi kesan kepada keputusan

yang dicapai ketika persidangan di London pada

tahun 1926 dan tahun 1930. Statut ini mengiktiraf

kemerdekaan bahagian utama Empayar British:

Komanwel Australia, Dominion Kanada, Negeri

Bebas Ireland (Irish Free State), Dominion New

Zealand, Newfoundland, dan Kesatuan Afrika

Selatan.

UMUM 
UTUSAN MELAYU

UTUSAN MELAYU, akhbar bertulisan Jawi dan Rumi yang diterbitkan di Singapura oleh Singapura Free Press sejak 7 November 1907.  Pada peringkat awalnya, Utusan Melayu diterbitkan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu bermula dari 7 November 1907 hingga 21 September 1915.  Dari tahun 1915 hingga tahun 1921, Utusan Melayu  menjadi akhbar harian.  Akhbar ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1921.  Antara pengarang Utusan Melayu di peringkat awal ialah Mohd. Eunos bin Abdullah (1907-1909), Abdul Hamid bin Miskin (1909-1914), Mohd. Ismail bin Abdul Kadir (1914-1918) dan Syed Sadullah Khan (1918-1921).  Pada 29 Mei 1930, Utusan Melayu diterbitkan semula hingga tahun 1938.

SASTERAPenerbitan
123

Kembali ke atas